2000 dan seterusnya Garis masa virus komputer dan cecacing yang terkenal

2000

  • May: cecacing VBS/Loveletter ('ILOVEYOU') muncul. Sehingga 2004 ia merupakan virus paling mahan bagi perniagaan, menyebabkan kerosakan antara 5.5 hingga 10 bilion. Trojan pintu belakang kepada cecacing, Barok, dicipta oleh pengaturcara Filipina Onel de Guzman; ia tidak diketahui siapa yang mencipta vektor penyerang atau siapa yang (secara tidak sengaja) membebaskannya; de Guzman sendiri menafikan dia bertanggung jawab kepada penyebaran tersebut sungguhpun dia mencadangkan dia mungkin ditipu oleh seseorang yang menggunakan kod Baroknya sebagai bebanan.
  • Virus komputer ZMist - virus yang menyatukan kod (code integrating ), metamorfik sepenuhnya.

2001

2003

  • 24 Januari: Cecacing penghentak SQL (SQL Slammer), juga dikenali sebagai Cecacing Sapphire, menyerang kelemahan pada Pelayan SQL Microsoft dan MSDE menyebabkan masaalah besar pada Internet.
  • 12 Ogos: Cecacing Blaster, juga dikenali sebagai cecacing Lovesan, merebak dengan pantas dengan menggunakan kelemahan pada komputer Microsoft Windows.
  • 18 Ogos: Cecacing Welchia (Nachi) dijumpai. Cecacing ini cuba menyingkir Cecacing blaster dan menampal Windows.
  • 19 Ogos: Cecacing Sobig (secara teknikal dikenali sebagai Cecacing Sobig.F) merebak dengan pantas melalui mail dan perkongsian jejaring.
  • 24 Oktober: Cecacing Sober pertama kali dilihat dan mengekalkan kehadirannya sehingga 2005 dengan banyak variasi baru.

Serangan serentak kepada kelemahan jaringan oleh Cecacing Blaster dan Sobig menyebabkan kerosakan yang teruk.

2004

2005

  • 16 Ogos: Cecacing Zotob dan beberapa variasi malware dijumpai. Kesannya terlebih gembur disebabkan beberapa cawangan media Amerika Syarikat telah dijangkiti.
  • 13 Oktober: Cecacing Samy XSS menjadi virus komputer paling pantas merebak menurut sesetengah definasi (hingga 2006).
  • 31 Oktober: Sony BMG didapati mempunyai skandal perlindungan salinan Sony BMG CD 2005, kerana sengaja menjangkiti CD muzik dengan rootkit sebagai usaha menghalang penyalinan muzik.

2006

2007

  • Januari: Cecacing Storm mula mengumpul komputer yang dijangkiti sebagai Storm botnet, yang terdiri daripada 1 dan 10 juta komputer menjelang September.[2]